Webinar IV&V Siri 1/2022: Jaminan Kualiti Sistem Aplikasi Sektor Awam Melalui Pelaksanaan IV&V

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Webinar IV&V Siri 1/2022: Jaminan Kualiti Sistem Aplikasi Sektor Awam Melalui Pelaksanaan IV&V. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai sektor awam mengenai kepentingan pelaksanaan Independent Verification and Validation (IV&V) semasa membangunkan sistem aplikasi sektor awam. Ini adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

Webinar ini telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Secara Dalam Talian (Google Meet)

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam. Seramai 267 orang peserta dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan telah menyertai Webinar ini.

 

AGENDA

Masa Agenda  Slaid
9.00 Pagi Pendaftaran  
9.30 Pagi Ucapan Aluan
Puan Hanissull Jalis Bt Md Yusof
Pengarah, Bahagian Pembangunan Aplikasi Menanggung Tugas Ketua Perunding Pembangunan Sistem, MAMPU
9.45 Pagi Tajuk 1: Pengenalan Kepada IV&V
Penceramah: Dr. Sri Lakshmi A/P Kanniah (MyTCoE, MAMPU)
10.15 Pagi Tajuk 2: IV&V in V-Model – The Expectations
Penceramah: En. Sharif Ab. Majid (Custommedia Sdn. Bhd.)
11.00 Pagi Tajuk 3: Pengujian Awal dan Kepentingan IV&V
Penceramah: Puan Anjana Devi N Kuppusamy (MIMOS Technology Solutions Sdn. Bhd.)
11.45 Pagi Tajuk 4: Pragmatic Approach to IV&V Implementation in Public Sector
Penceramah: En. Shahjerome Ambrose (Al Ain Testing Sdn. Bhd.)
12.30 Tengahari Soal Jawab dan Penutup  

 

SESI BERGAMBAR