Pengujian Prestasi Sistem SPLaSK

Pasukan MyTCoE telah melakukan pengujian prestasi Sistem Pengurusan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) pada 10 hingga 12 Disember 2018. 

Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) merupakan satu platform pemantauan ke atas pematuhan kriteria-kriteria bagi laman web dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan.

Objektif Projek

a) Menyediakan sistem aplikasi bagi kemudahan pemantauan laman web dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan.
b) Menyediakan kemudahan mengukur tahap pematuhan kriteria berdasarkan tujuh (7) dimensi yang telah ditetapkan.
c) Menyediakan kemudahan mengukur tahap kepuasan pengguna perkhidmatan dalam talian kerajaan.
d) Menyediakan kemudahan secara elektronik untuk pengemaskinian maklumat profil laman web dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan.

Keputusan adalah LULUS ujian prestasi bagi 1,000 concurrent users dalam tempoh 5 saat