Mengenai MyTCoE

Pengenalan

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Malaysia Software Testing Hub (MSTH) Bil. 1/2015 yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah memberi mandat kepada MAMPU untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam (MyTCoE).

MyTCoE adalah Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam (MyTCoE) yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan Jaminan Kualiti Perisian, atau lebih dikenali sebagai Jaminan Kualiti Perisian (SQA). My bermaksud Malaysia dan TCoE bermakna Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam . Terma TCoE digunakan secara meluas oleh organisasi antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan jaminan kualiti yang berkaitan dengan perisian.

MyTCoE menumpukan aspek Jaminan Kualiti Perisian (SQA) bagi memastikan perisian (produk) yang dibangunkan dan proses penghasilan perisian menepati standard yang ditetapkan dan menepati kehendak pengguna pada setiap fasa pembangunan sistem.

Ahli pasukan MyTCoE. Dari kiri Asnida, Narizan, Azih, Hasiady, Siti Nurliza, Roshaimieza, Myzatul dan Sri Lakshmi.

Penubuhan MyTCoE juga akan menjadi pemangkin kepada industri pengujian perisian di Malaysia yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). MyTCoE akan turut memberi keyakinan kepada Sektor Swasta untuk menceburi dalam bidang ini secara serius.

MyTCoE akan memberikan penekanan terhadap aspek kualiti perisian yang secara langsung dapat mengurangkan kos pembangunan sistem. Dalam konteks pembangunan sistem, kos pembangunan sistem yang berkualiti tinggi adalah lebih rendah berbanding dengan kos pembangunan sistem yang berkualiti rendah.

MyTCoE berperanan untuk menghasilkan garis panduan dan polisi dalam pelaksanaan IV&V dan kualiti di agensi sektor awam. Ini membolehkan pengurusan, penyelarasan dan pelaksanaan projek ICT (pembangunan dan pengujian sistem) yang seragam dalam menghasilkan produk ICT yang berkualiti tinggi.

 

Visi
Menjadi peneraju Jaminan Kualiti Perisian (SQA) sektor awam pada tahun 2020.


Misi
Membudayakan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) dan memperkasa pelaksanaan Independent Verification and Validation (IV&V).

 

Objektif

1. Menjadi Pusat Rujukan Utama berkaitan SQA bagi Sektor Awam.

2. Membudayakan aktiviti SQA dalam pembangunan perisian sektor awam.

3. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan personel ICT Sektor Awam dalam bidang SQA melalui kolaboratif strategik antara agensi kerajaan dan industri.

 

Peranan

1. Memainkan peranan sebagai Pusat Rujukan SQA Sektor Awam.

2. Memberikan Khidmat Nasihat & Perundingan SQA Kepada Agensi kerajaan.

3. Menyediakan polisi dan garis panduan pelaksanaan IV&V.

4. Melaksanakan program pembudayaan SQA Sektor Awam.

5. Meneraju Komuniti Maya Software Testers Sektor Awam.

 


Fungsi Komponen

A. Pembangunan Modal Insan

1. Menguruskan pembangunan Penguji Perisian (Software Tester) Sektor Awam yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik industri (inisiatif MSTH).

2. Merangka jadual latihan software tester.

3. Berurusan dengan personel dan agensi berkaitan berkenaan latihan software tester.

4. Menganalisa impak latihan.

 

B. Program Pembudayaan SQA

1. Menjalankan aktiviti-aktiviti pembudayaan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) bagi sektor awam.

2. Menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkenaan SQA (khususnya pengujian perisian) kepada komuniti software tester sektor awam.

3. Mewujudkan komuniti Software Testing Interest Group (STIG).

4. Mengelola persidangan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) Sektor Awam.

 

C. Pengurusan Pengujian Perisian

1. Bertanggungjawab ke atas garispanduan dan polisi yang disyorkan oleh MyTCoE kepada pihak yang berwajib.

2. Bertanggungjawab menyemak dokumentasi-dokumentasi berkaitan MyTCoE (garis panduan, polisi, piawaian).

3. Memastikan piawaian antarabangsa yang digunakan di adaptasi ke standard Malaysia (MS).

4. Menyedia dan mengemaskini template yang digunakan untuk aktiviti SQA dan pelaksanaan pengujian IV&V.

 

D. Unit Penyelidikan dan Inovasi

1. Menjalankan kajian keberkesanan pembudayaan SQA dan pelaksanaan pengujian IV&V yang dijalankan oleh agensi-agensi sektor awam.

2. Melakukan kajian mengenai Return on Investment (ROI) dalam pelaksanaan IV&V.

3. Melakukan kajian mengenai perkara berkaitan modal insan, proses dan teknologi.

 

E. Unit Repositori Pengetahuan

1. Menyelia repositori pengetahuan MyTCoE.

2. Mengemaskini data dalam repositori pengetahuan MyTCoE.

 

F Unit Pengujian IV&V

1. Menjalankan aktiviti pengujian IV&V agensi sektor awam.

2. Menguruskan keperluan teknikal berkenaan perkhidmatan IV&V.

 

Faedah Penubuhan

1. Peningkatan kualiti perisian dan proses pembangunan perisian melalui pematuhan standard kualiti antarabangsa.

2. Peningkatan kesedaran dan pembudayaan SQA melalui program kesedaran, persijilan professional dan latihan bersama pihak industri.

3. Pelaksanaan SQA (khususnya pelaksanaan IV & V) yang seragam di setiap agensi.

4. Dokumentasi pembangunan sistem yang lebih teratur dan seragam. 

 

Faktor Kejayaan

1. Sokongan Pengurusan Tertinggi dan agensi-agensi sektor awam.

2. Keperluan Personel.

3. Polisi dan Garis panduan yang lengkap.

4. Kesediaan industri dan akademik.