Coaching penggunaan Automation Tools - Katalon Studio

Sesi coaching penggunaan tools Katalon Studio oleh En Ibrahim dan pasukan MyTCoE bagi pelaksanaan Test Automation kepada pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU untuk pembangunan sistem dalaman.

Pengujian Sistem SPA9, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Unit MyTCoE telah melaksanakan pengujian prestasi bagi sistem SPA9. Skop pengujian adalah 15,000 concurrent user. SPA9 LULUS pengujian prestasi bagi 10,000 concurrent user dalam tempoh 5 saat.

Pengujian Prestasi Sistem MYRAS, Jabatan Alam Sekitar

Unit MyTCoE telah melaksanakan pengujian prestasi bagi sistem MYRAS, Jabatan Alam Sekitar. Skop pengujian adalah 1,500 concurrent user dalam tempoh 5 saat. MYRAS LULUS 700 concurrent user dalam tempoh 5 saat.

 

Pengujian prestasi Sistem Pusat Mediasi Covid-19

Pengujian prestasi Sistem Pusat Mediasi Covid-19 di BHEUU oleh MyTCoE telah dilaksanakan pada 27 hingga 30 Oktober 2020. Perbincangan awal pengujian prestasi sistem Pusat Mediasi Covid-19 telah diadakan bersama Unit MyTCoE dan Bahagian Teknologi Maklumat, BHEUU, JPM. Skop pengujian adalah 10,000 concurrent user dalam tempoh tindakbalas 5 saat. Alhamdulillah keputusan adalah LULUS.

 

Pengujian Prestasi Sistem SPK

Pasukan MyTCoE telah melakukan pengujian prestasi Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam (SPK) pada 10 hingga 12 Disember 2018. 

Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam atau dikenali sebagai SPK dibangunkan bertujuan untuk:
a) Mengukuhkan pengurusan sumber manusia dengan menambahbaik skim semasa personel ICT dari mula lantikan sehingga penamatan perkhidmatan supaya pengurusan dan kemajuan kerjaya adalah lebih komprehensif;
b) Mengukuhkan kemajuan kerjaya dengan pengwujudan sistem pengurusan dan perancangan kemajuan kerjaya personel ICT yang sistematik;
c) Mengurus dan mengiktiraf personel ICT profesional yang berkompetensi, berprestasi tinggi serta berdaya saing; dan
d) Mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan ICT di peringkat agensi pusat dan agensi sektor awam.

Keputusan adalah LULUS ujian prestasi bagi 1,000 concurrent users dalam tempoh 5 saat