Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2021

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2021

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Sistem UPUONLINE

Kementerian Pengajian Tinggi

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Aplikasi web yang dinamakan UPUOnline bagi tujuan permohonan kemasukan calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi (KM), Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Ujian prestasi dilaksanakan pada 11 Februari hingga 16 Mac 2021.

5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 11 Feb 2021
b. 26 Feb 2021
c. 5 Mac 2021
d. 12 Mac 2021
e. 16 Mac 2021

2.

Pemesejan Segera Kerajaan Malaysia (GovChat)

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak

GovChat adalah aplikasi pemesejan segera kerajaan dan merupakan medium komunikasi kerajaan yang eksklusif dan selamat. Pembangunan aplikasi GovChat telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 16 Julai 2020. Pembangunan aplikasi GovChat juga dilaksanakan secara dalaman dan pendekatan ini telah dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) pada 9 Nov 2020. Pelaksanaan aplikasi GovChat secara rintis telah bermula mulai Mac 2021.

Perbincangan awal telah diadakan pada 20 Januari 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 19 hingga 24 Februari 2021.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 19 Februari 2021
b. 24 Februari 2021

3.

Sistem MyMesyuarat 2.0

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak

MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan mesyuarat dan pemantauan keputusan mesyuarat secara dalam talian. Sehingga kini lebih kurang 700 agensi Sektor Awam telah menggunakan sistem ini. Antara fungsi kritikal yang diperlu diuji ialah paparan minit mesyuarat, capaian jawatankuasa/ mesyuarat dan jana laporan sistem.

Perbincangan awal telah diadakan pada 26 Februari 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 26 Mac hingga 14 Jun 2021.

4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 26 Mac 2021
b. 11 Apr 2021
c. 15 April 2021
d. 14 Jun 2021

4.

Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Sistem Pemantauan Operasi Tugas atau SPOT-Me merupakan sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik yang membenarkan waktu masuk dan keluar didaftarkan dari mana-mana lokasi sama ada ketika bertugas di pejabat atau di luar pejabat berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih. Ianya telah dilaksanakan di 14 agensi Sektor Awam dan akan diperluaskan lagi penggunaanya pada masa akan datang.

Perbincangan awal telah diadakan pada 25 Mei 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 26 Mei hingga 4 Jun 2021.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 26 Mei 2021
b. 29 Mei 2021
b. 4 Jun 2021

5.

Portal Baharu MAMPU

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Portal MAMPU merupakan sistem aplikasi yang bertujuan:
- Menyimpan Maklumat Korporat MAMPU
- Menyimpan Maklumat Pekeliling, Penerbitan Dan Arahan
- Menyimpan Maklumat Direktori MAMPU

Perbincangan awal telah diadakan pada 27 April 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 8 Jun hingga 29 Julai 2021.

5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 8 Jun 2021
b. 11 Jun 2021
c. 9 Julai 2021
d. 22 Julai 2021
e. 29 Julai 2021

6.

Sistem Temujanji Online JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Sistem Temujanji Online ialah sistem yang dibangunkan untuk kegunaan pejabat cawangan/ negeri/ UTC dan orang awam bagi pengurusan temujanji perkhidmatan kaunter JPJ. Sistem ini digunakan oleh lebih 100 cawangan JPJ dan konfigurasi setiap cawangan adalah berbeza mengikut kapasiti masing-masing. Orang awam boleh menempah tarikh dan masa mengikut pilihan pejabat cawangan.

Perbincangan awal telah diadakan pada 13 Ogos 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakanpada 15 Ogos 2021.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 15 Ogos 2021

7.

Sistem Peperiksaan Perjawatan LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Skop ujian prestasi 300 pengguna serentak

Sistem Peperiksaan Perjawatan LPPKN adalah sistem yang dibangunkan sebagai platform yang memberikan kemudahan kepada calon untuk menduduki peperiksaan secara online bagi pengisian jawatan di LPPKN.

Perbincangan awal telah diadakan pada 30 Ogos 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 1 hingga 3 September 2021.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 1 September 2021
b. 3 September 2021
c. 3 September 2021

8.

Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent)

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent) ialah sistem yang dibangunkan untuk menguruskan pendaftaran peserta bagi sesuatu program yang dianjurkan.

Perbincangan awal telah diadakan pada 24 September 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan pada 28 September 2021.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 28 September 2021

9.

Sistem IPTPelajar (FlyToCampus)

Kementerian Pengajian Tinggi

Skop ujian prestasi 5,000 pengguna serentak

Aplikasi ini adalah bertujuan bagi pengumpulan maklumat perancangan pergerakan pulang ke kampus oleh pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Perbincangan awal telah diadakan pada 30 September 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan pada 30 September 2021.

1 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 30 September 2021

10.

Sistem Tinjauan Soal Selidik Terhadap YB Menteri Dan Kementerian Dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri Tahun 2021

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 5,000 pengguna serentak

Sistem Tinjauan Soal Selidik Terhadap YB Menteri Dan Kementerian Dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri Tahun 2021 dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU. Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan orang awam terhadap YB Menteri dan Kementerian dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri

Perbincangan awal telah diadakan pada 25 Oktober 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 28 hingga 29 Oktober 2021.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 28 Oktober 2021
b. 29 Oktober 2021

11.

Sistem Penilaian dan Pengauditan Kewangan MinDef (AIMS)

Kementerian Pertahanan Malaysia

Skop ujian prestasi 200 pengguna serentak

Pembangunan Sistem Pengauditan Kewangaan PTJ adalah menggantikan Sistem Sistem Pengauditan Kewangaan PTJ yang sedang dilaksanakan sejak 2016 dalam menyokong bisness proses Bahagian Audit Dalaman dan Siasatan (BADSA). Sistem tersebut terdapat kekurangan dari segi fungsi dan kemudahan yang dibangunkan dalam menyokong cara kerja baharu.

Perbincangan awal telah diadakan pada 14 Oktober 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 8 dan 9 November 2021.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 8 November 2021
b. 9 November 2021

12.

Sistem eCOVID19

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 500 pengguna serentak

Sistem eCOVID19 ialah sistem yang dibangunkan secara Corporate Social Responsibility (CSR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk memantau penularan wabak Covid19. Tujuan sistem ini dibangunkan bagi memastikan pengumpulan data berkaitan COVID-19 di lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

Perbincangan awal telah diadakan pada 8 Oktober 2021.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 16 November hingga 15 Disember 2021.

5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 16 November 2021
b. 18 November 2021
c. 25 November 2021
d. 10 Disember 2021
e. 15 Disember 2021