Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2022

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2022

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Sistem Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan KKM (eHLP)

Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 100 pengguna serentak

Menguruskan urusan permohonan bagi kemudahan cuti belajar / program latihan dengan / tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Kumpulan Pengurusan & Profesional (bukan gunasama) KKM bermula daripada pendaftaran hingga rayuan penempatan fasiliti.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 22 hingga 26 Januari 2022.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 22 Januari 2022
b. 24 Januari 2022
c. 26 Januari 2022

2.

Sistem Permohonan Perantisiswa

Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Skop ujian prestasi 20,000 pengguna serentak

Sistem Permohonan Perantisiswa merupakan sistem permohonan atas talian bagi mendapatkan peranti (laptop/ tablet) kepada pelajar B40 di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 13 hingga 15 April 2022.

5 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 13 April 2022
b. 14 April 2022
c. 14 April 2022
d. 14 April 2022
e. 15 April 2022

3.

Sistem Anugerah Seri Angkasa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Skop ujian prestasi 100 pengguna serentak

Anugerah Seri Angkasa (ASA) adalah satu pengiktirafan Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk memartabatkan karyawan, penggiat dan kru di belakang tabir seperti pelakon drama tv dan radio, penerbit program tv dan radio, jurukamera, wartawan penyiaran, media baharu dan lain-lain.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa terbuka kepada rancangan tv dan radio terbitan tempatan yang disiarkan oleh organisasi penyiaran kerajaan dan swasta melalui siaran terrestrial, satelit dan IPTV sahaja; dan kandungan media sosial terbitan tempatan oleh organisasi penyiaran kerajaan dan swasta sahaja yang khusus disiarkan di platform Youtube rasmi sahaja (tidak disiarkan di saluran tv dan radio)

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 22 hingga 29 Julai 2022.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 22 Julai 2022
b. 29 Julai 2022

4.

Sistem Pengurusan Pegawai Perubatan Siswazah

Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop ujian prestasi 1,500 pengguna serentak

Sistem Pengurusan Pegawai Perubatan Siswazah akan dibuka mulai jam 12 tengahari, 5 September 2022 (Isnin) hingga 7 September 2022 (Rabu) untuk permohonan penempatan latihan siswazah oleh calon yang telah melepasi tapisan SPA sehingga 24 Ogos 2022 (SM20220156, SM20220157, SM20220158, SM20220186, SM20220188) dan calon yang telah diluluskan penangguhan sehingga pengambilan 5/2022.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 14 hingga 23 September 2022.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 14 September 2022
b. 22 September 2022

5.

Laman Web Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Skop ujian prestasi 200 pengguna serentak

Laman web KPPK menyediakan maklumat kepada orang awam mengenai perkara berkaitan agrikomoditi, statistik data, perkhidmatan dalam talian, maklumat pegawai di Kementerian untuk dihubungi sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 26 Oktober hingga 22 Disember 2022.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 26 Oktober 2022
b. 22 Disember 2022

6.

Platform Perkongsian Data Komoditi (PDC) Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK)

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Skop ujian prestasi 200 pengguna serentak

Platform Data Komoditi (PDC), ialah papan pemuka dalam talian yang memaparkan visualisasi data Agrikomoditi. PDC terdiri daripada enam modul utama termasuk modul Perdagangan, Pekebun Kecil, Harga, Biofuel, Pelaburan dan Estet. Ia merupakan langkah pertama MPIC ke arah membangunkan Data Besar Agrikomoditi menjelang 2025. PDC mengumpul data berjadual serta menjalankan analisis secara dalam talian bagi kegunaan pelanggan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi. PDC ialah platform dalam talian untuk memaparkan data berjadual dan boleh dianalisis berkaitan perdagangan, pekebun kecil, biofuel, harga, pelaburan dan estet Agrikomoditi. Set data ini akan dipaparkan secara berasingan dan boleh diakses secara individu melalui papan pemuka masing-masing dalam PDC.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 28 Oktober hingga 11 November 2022.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 28 Oktober 2022
b. 30 Oktober 2022
c. 11 November 2022