Program Kesedaran Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam

MAMPU telah melancarkan buku KRISA pada Oktober 2019 yang telah disempurnakan pelancarannya oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. MAMPU mendapat banyak permintaan daripada agensi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan buku KRISA. Sehubungan itu Program Kesedaran Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 25-26 Ogos 2020
Tempat: Dewan Serbaguna, Kementerian Pembangunan Usahawan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam berkaitan:

  1. Skop khidmat perundingan ICT dalam bidang pembangunan sistem.
  2. Taklimat kepakaran SME ICT dalam bidang-bidang pembangunan sistem.
  3. Kepentingan Panduan KRISA dan Panduan IV&V dalam Projek-projek Pembangunan Sistem.

Kandungan program adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Buku program
2. Taklimat Khidmat Perundingan ICT - Pembangunan Sistem
Encik Hussin Bin Abu Bakar, Perunding ICT (Pangkalan Data)
3. Taklimat Bidang Kepakaran SME ICT Trek Pembangunan Sistem
Puan Rohiza Binti Ahmad
4. Taklimat Pengenalan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA)
Puan Nik Zalbiha Binti Nik Mat
5. Taklimat Pengenalan Independent Validation and Verification (IV&V)
Puan Sri Lakshmi a/p Kanniah
6.  KRISA – Perancangan Pembangunan Sistem
Encik Mohamed Zulkifli Bin Mohamed Nawi
7. KRISA – Kajian Keperluan Bisnes
Puan Nik Zalbiha Binti Nik Mat
8. KRISA – Kajian Keperluan Sistem
Encik Abdullah Bin Mohammad
9. KRISA – Reka Bentuk Sistem
Encik Muhammad Hadri Bin Basri
10. KRISA – Migrasi Data dan Integrasi Sistem
YBrs. Dr Razatulshima Binti Ghazali
11. KRISA – Pengujian Penerimaan Sistem
Cik Roshaimieza Binti Mat Adam
12. Pengujian Prestasi Sistem
Encik Mohd Hasiady Bin Yasin
13. Penganggaran Kos Sistem Aplikasi (Function Point Analysis)
Cik Myzatul Akmam Binti Sapaat

Program ini telah dihadiri oleh 50 orang Pegawai Teknologi Maklumat dari pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. 

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta yang hadir.

Sila klik Gambar Program Kesedaran KRISA 2020 untuk melihat gambar semasa program berlangsung.