Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam Tahun 2020

Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:

Tahun 2020

Bil. Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian Penerangan Ringkas Sistem Status Pelaksanaan
1.

Sistem Rakan Alam Sekitar (MyRAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Sistem Rakan Alam Sekitar merupakan pusat setempat bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan keberkesanan program alam sekitar yang dianjurkan oleh JAS Ibu Pejabat dan JAS negeri. Ia juga berfungsi untuk pendaftaran baru sebagai rakan alam sekitar dan merekod maklumat ahli dan penyertaan ke program-program yang dianjurkan oleh JAS.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 15 hingga 25 September 2020.

4 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 15 September 2020
b. 23 September 2020
c. 23 September 2020
d. 25 September 2020

2.

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

SPA9 merupakan borang pendaftaran atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. SPA9 adalah penambahbaikan terhadap sistem sedia ada (SPA8i) dan dilengkapi dengan beberapa fungsi baru serta pelaksanaan integrasi tambahan.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 11 hingga 24 September 2020.

3 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 11 September 2020
b. 17 hingga 18 September 2020
c. 24 September 2020

3.

Sistem Pusat Mediasi COVID-19

Bahagian Hal Ehwal Udang-Undang, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 10,000 pengguna serentak

Sistem PMC-19 ini merangkumi modul berikut:
a) Meliputi fungsi Pusat Mediasi Covid 19 yang terdiri daripada permohonan khidmat mediasi, pengurusan khidmat mediasi, pengurusan rekod permohonan dan kes, rayuan permohonan khidmat mediasi serta penjanaan laporan yang diperlukan.
b) Menyemak kelayakan subsidi pemohon bagi sidang mediasi dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan SMECorp.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 27 Oktober 2020 hingga 8 November 2020.

6 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 27 Oktober 2020
b. 28 Oktober 2020
c. 30 Oktober 2020
d. 4 November 2020
e. 5 November 2020
f. 8 November 2020

4.

Portal Utama BPH

Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri

Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak

Portal utama jabatan yang merupakan platform penyampaian maklumat jabatan kepada pengguna dan stakeholder. Antara maklumat penting kepada pengguna adalah paparan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPH seperti Pengurusan Kuarters, Pengurusan Rumah Peranginan Persekutuan, Pengurusan Dewan & Gelanggang dan sebagainya.

Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 11 hingga 12 November 2020.

2 pusingan ujian prestasi telah dilaksanakan
a. 11 November 2020
b. 12 November 2020