BAB 6 - FASA PENAMATAN

Fasa Penamatan merupakan fasa terakhir dalam PPrISA (rujuk Rajah 6.1).  Tujuan utama fasa ini adalah untuk memaklumkan kepada semua yang terlibat bahawa projek ICT berkenaan ditamatkan secara rasmi. 

 

Penamatan projek ini menandakan projek telah dapat disiapkan dan boleh beroperasi, kecuali projek jenis kajian yang laporan akhir kajian telah siap dibentangkan dan diterima oleh pihak pihak-pihak yang berkaitan.  Sekiranya projek tidak berjaya disiapkan atau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, Pengurus Projek hendaklah memastikan penamatan projek secara rasmi tetap dilaksanakan.

Rajah 6.1:  Fasa Penamatan dalam PPrISA

Fasa penamatan ini bermula sebaik sahaja semua aktiviti projek yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dan serahan-serahan projek telah disahkan dan diterima oleh pemilik projek atau agensi (bagi projek dibangunkan secara outsourcing dan co-sourcing).  Bagi projek yang tidak berjaya disiapkan, fasa ini bermula sebaik sahaja menerima arahan untuk menamatkan projek.