BAB 7 - RUMUSAN

Panduan ini telah memberi penjelasan terperinci mengenai PPrISA yang merangkumi proses daripada memulakan projek, merancang, melaksanakan, mengawal dan akhir sekali proses menamatkan projek ICT.  Setiap proses tersebut disokong dengan penggunaan templat yang komprehensif.  Oleh itu, PPrISA ini merupakan panduan asas bagi agensi sektor awam menguruskan projek ICT secara lebih teratur dan sempurna.

 

Namun demikian, penggunaan metodologi pengurusan projek secara efektif hanya salah satu kaedah yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan projek-projek ICT di sektor awam.  Faktor yang juga penting ialah pengalaman, kemahiran dan ciri-ciri peribadi pengurus projek dalam menyelaraskan dan membimbing pasukannya serta sokongan dan komitmen semua peringkat agensi kepada pembangunan projek ICT yang berkenaan. 

 

Panduan ini disediakan untuk membantu mengurangkan bilangan projek ICT yang gagal atau lewat dan seterusnya dapat meminimumkan kerugian dari aspek kos, masa dan sumber tenaga manusia.