BAB 5 - FASA PELAKSANAAN DAN KAWALAN

Fasa Pelaksanaan dan Kawalan Projek ialah fasa ketiga dalam PPrISA sepertimana digambarkan dalam Rajah 5.1 di bawah.   Input kepada fasa ini adalah dokumen Pelan Pengurusan Projek (PPP) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Projek, manakala output adalah serahan-serahan projek yang telah disahkan dan diterima oleh pemilik projek.   

   Rajah 5.1: Fasa Pelaksanaan dan Kawalan Projek dalam PPrISA

Tujuan Fasa Pelaksanaan dan Kawalan ini adalah untuk:    

  • Melaksanakan semua kerja yang terdapat dalam pelan-pelan yang terangkum dalam dokumen PPP;
  • Menguruskan semua sumber projek dengan baik; dan
  • Memantau dan mengawal pelaksanaan projek supaya projek dapat disiapkan mengikut perancangan.

 

Fasa ini memerlukan paling ramai sumber tenaga manusia dan juga mengambil tempoh masa yang panjang berbanding dengan Fasa Permulaan dan Fasa Perancangan.