Bootcamp KRISA Siri 3/2022 - SUK Kelantan

Bahagian Perundingan ICT, MAMPU telah menganjurkan Bootcamp KRISA Siri 3/2021: Pengujian Sistem pada 28 hingga 30 Jun 2021 secara dalam talian. Bootcamp ini akan dirasmikan oleh En. Hussin Bin Abu Bakar (Ketua Perunding Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Objektif penganjuran bootcamp ini adalah bertujuan untuk:

a) Memberi pendedahan dan kefahaman kepada Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam dalam melaksanakan kaedah pengujian sistem menggunakan teknik pengujian yang betul dan amalan terbaik pengujian dengan merujuk kepada Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) serta Dokumen Standard ISO/IEC/IEEE;

b) Melatih secara hands-on kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dalam pelaksanaan pengujian dan penyediaan dokumen serahan. 

Bootcamp ini terbuka kepada peserta daripada MAMPU dan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Bootcamp ini akan turut dibantu oleh penceramah dan fasilitator dari Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

 

Slaid pembelajaran adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Slaid
1. Pengenalan kepada Pengujian Sistem
Menerangkan tentang kepentingan pelaksanaan pengujian sistem dalam setiap fasa yang terlibat.
 
2. Pelan Pengujian Induk/UAT/PAT
Menerangkan tentang kepentingan penyediaan pelan pengujian sebagai rujukan utama perancangan dan pengurusan aktiviti pengujian sistem secara menyeluruh.
 
3. Early Testing dan Traceability Matrix
Menerangkan tentang kepentingan pelaksanaan Early Testing serta penyediaan dokumen Traceability Matrix sebagai rujukan pelaksanaan ujian dan penyediaan dokumentasi pengujian seterusnya.
 
4. Teknik-Teknik Pengujian (Asas)
Menerangkan tentang teknik-teknik pengujian asas serta pemilihan teknik pengujian yang betul bagi aktiviti pengujian.
 
5. Penyediaan Spesifikasi Rekabentuk Ujian
Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi features to be tested dan test conditions berdasarkan dokumentasi pembangunan sistem.
 
6. Penyediaan Spesifikasi Kes Ujian
Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi item liputan ujian (test coverage item) dan kes ujian (test case) yang sesuai berdasarkan Spesifikasi Rekabentuk Ujian.
 
7. Penyediaan Skrip Ujian
Menerangkan tentang penyediaan dokumentasi yang mengandungi scenario ujian (test scenario) dan urutan arahan pelaksanaan ujian.
 
8. Pelaksanaan dan Dokumentasi Ujian Sistem/UAT/PAT
Menerangkan tentang pelaksanaan setiap peringkat ujian secara terperinci dan penyediaan dokumentasi bagi Ujian Sistem, UAT dan PAT.
 
9.  Penamatan Ujian
Menerangkan tentang pelaksanaan FAT serta dokumentasi yang perlu disediakan.
 
10. PEMBAHAGIAN KUMPULAN ( BREAKING SESSION )

 Latihan adalah sepeti berikut:

Bil. Template / Latihan Slaid
1. PELAN INDUK PENGUJIAN - CONTOH
2. TEMPLATE PELAN INDUK PENGUJIAN (MASTER TEST PLAN)
3. D02-SPESIFIKASI_KEPERLUAN_BISNES  
4. D03-SPESIFIKASI_KEPERLUAN_SISTEM  
5. TEMPLAT TRACEABILITY MATRIX ( powerpoint )  
6. TEMPLAT TRACEABILITY MATRIX (excel )  
7. TEST DESIGN TECHNIQUE - USE CASE TESTING
8. EXERCISE - TEST DESIGN TECHNIQUE
9. JAWAPAN LATIHAN TEST DESIGN TECHNIQUE
10. TEMPLAT SPESIFIKASI RAKABENTUK UJIAN  
11. KAJIAN KES TOPIK 5-7  
12. TEMPLAT SPESIFIKASI KES UJIAN  
13. TEMPLAT SPESIFIKASI PROSEDUR UJIAN