5.1.2 Menguruskan Pasukan Projek

Menguruskan ahli pasukan projek merupakan tugas utama pengurus projek dalam memastikan semua ahli pasukan sentiasa memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang erat demi kejayaan projek.  Aktiviti berkaitan yang perlu dilaksanakan adalah sepertimana yang telah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Sumber yang telah dibangunkan dalam Fasa Perancangan.

Secara ringkas, Pengurus Projek hendaklah memantau aktiviti semua ahli pasukannya, mengenal pasti dan menyelesaikan isu yang timbul dalam kalangan mereka dan melaksanakan aktiviti pembangunan pasukan projek, seperti aktiviti berkumpulan atau team building dan mengadakan kursus/latihan.  Juga penting adalah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik.