5.1.3 Melaksanakan Aktiviti dalam Dokumen PPP

Pengurus Projek hendaklah mengurus dan menyelaraskan semua ahli pasukannya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menghasilkan serahan-serahan berdasarkan kepada Pelan Projek dan pelan-pelan yang terkandung dalam dokumen PPP (semua maklumat berkenaan ialah baseline projek).

Rajah 5.3 di bawah menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti utama projek  (mengikut jenis projek ICT) yang dibangunkan dalam fasa ini.

Rajah 5.3:  Contoh aktiviti-aktiviti utama projek dilaksanakan dalam Fasa Pelaksanaan dan Kawalan

Pengurus Projek perlulah memastikan semua serahan projek disemak dan disahkan oleh Pasukan Jaminan Kualiti supaya menepati spesifikasi/keperluan agensi dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pengurusan Kualiti.

Semasa aktviti projek sedang dilaksanakan, Pengurus Projek dan PMO hendaklah sentiasa memantau, mengawal dan melapor  aktiviti-aktiviti berkenaan berdasarkan baseline projek, sehinggalah semua serahan dapat dihasilkan.  Gambaran proses iteratif antara pelaksanaan, pemantauan, pengawalan dan pelaporan adalah seperti dalam Rajah 5.4 di bawah.

Rajah 5.4:  Hubungkait  iteratif  aktiviti-aktiviti Pelaksanaan, Pemantauan, Pengawalan dan Pelaporan Projek

Penerangan mengenai aktiviti-aktiviti pemantauan, pengawalan dan pelaporan projek akan dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut.  PMO atau Pengurus Projek adalah bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat baseline projek dalam dokumen PPP.  Selaras dengan pindaan yang diluluskan, maka dokumen PPP versi baru perlu diwujudkan dan dimaklumkan kepada semua ahli pasukan projek dan akan menjadi baseline projek bagi aktiviti projek seterusnya. 

Bagi tujuan dokumentasi, PMO atau Pengurus Projek perlu menyimpan semua versi PPP.  Dokumen PPP yang asal (PPP versi 1.0) akan digunakan pada Fasa Penamatan Projek untuk dibandingkan dengan PPP versi terakhir supaya dapat diketahui sisihan (deviation) daripada perancangan asal projek.