5.1.7 Melaksanakan Pelan Pengurusan Perubahan

Kurang melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan telah menyebabkan produk ICT yang dihasilkan tidak digunakan sepenuhnya.  Sebagai contoh bagi produk ICT yang penggunanya ialah rakyat penekanan kepada program promosi amat diperlukan. Selain itu, program latihan perlulah mantap dan faedah projek perlu dinyatakan dengan jelas kepada semua pihak yang berkaitan.

Pengurus Projek hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Pelan Pengurusan Perubahan (PPrISA09) sepertimana yang disediakan dalam Fasa Perancangan.

Bagi projek yang dilaksanakan secara outsourcing, pihak Kontraktor berkemungkinan mempunyai metodologi pengurusan perubahan yang berlainan daripada pendekatan yang dinyatakan dalam Pelan Pengurusan Perubahan.  Oleh itu, Pengurus Projek boleh menggunakan pendekatan pengurusan perubahan dalam  PPrISA ini sebagai asas untuk memastikan metodologi pengurusan perubahan yang dilaksanakan oleh Kontraktor adalah komprehensif.