5.1.9 Menyediakan/Mengemas kini dokumentasi projek

Pengurus Projek hendaklah memastikan semua dokumentasi projek disediakan dan dikemas kini dari semasa ke semasa hingga tamat projek. Terdapat dua kategori dokumentasi, iaitu dokumentasi berkaitan dengan serahan-serahan projek dan dokumentasi mengenai pengurusan projek.

Dokumentasi berkaitan dengan serahan-serahan projek bergantung pada jenis projek ICT yang dilaksanakan.  Dokumentasi bagi projek kajian ICT ialah laporan berkaitan dengan kajian seperti Laporan Awal Kajian, Laporan Interim Kajian dan Laporan Akhir Kajian.  Dokumentasi berkaitan dengan projek perolehan infrastruktur ICT (iaitu perolehan perkakasan, perisian dan rangkaian) ialah perincian spesifikasi infrastruktur ICT berkenaan, lesen dan persijilan dan manual operasi, manakala dokumentasi bagi projek membangunkan sistem aplikasi ialah bergantung kepada metodologi pembangunan sistem aplikasi yang digunapakai.  Serahan yang lazim dihasilkan ialah Spesifikasi Keperluan Sistem, Reka Bentuk Sistem, Reka Bentuk Pangkalan Data, Dokumen Spesifikasi Sistem, Pelan Pengujian Induk, skrip melaksanakan pengujian-pengujian sistem aplikasi, dokumentasi berkaitan dengan latihan, Manual Operasi dan Manual Pengguna.  

Dokumentasi berkaitan dengan pengurusan projek ialah Pelan Pengurusan Projek versi 1.0 hingga versi terkini, dan semua pelan-pelan untuk tujuan pengurusan dan pengawalan sepertimana yang dinyatakan dalam Fasa Perancangan, dokumen perjanjian, minit-minit mesyuarat dan nota perbincangan.

Dokumentasi berkaitan dengan pengurusan projek adalah Pelan Pengurusan Projek versi 1.0 hingga versi terkini, dan semua pelan dan prosedur yang disediakan dan dilaksanakan untuk perancangan, pengurusan dan pengawalan projek seperti mana yang dinyatakan dalam Fasa Permulaan, Fasa Perancangan serta Fasa Pelaksanaan dan Kawalan.