3.2.8 Mengenal Pasti Indeks Prestasi Utama dan Kajian Baseline

Indeks prestasi utama atau Key Performance Indicators (KPI) merupakan satu mekanisme untuk memastikan Projek ICT yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan hasilnya dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi kepada pelanggan.  Sasaran prestasi bagi setiap KPI perlu ditetapkan sebagai asas untuk mengukur prestasi agensi melalui pelaksanaan projek berkenaan. 

Maklumat baseline situasi semasa perlu dikenalpasti sebelum memulakan projek. Sekiranya maklumat baseline tersebut tiada, kajian baseline perlu dilaksanakan oleh pemilik projek pada awal projek bagi mendapatkan keadaaan semasa secara spesifik dan jelas untuk dijadikan KPI dan pemantauan lebih efektif dan berkesan sepanjang tempoh perlaksanaan.

KPI yang diwujudkan hendaklah merangkumi aspek kecekapan dan keberkesanan proses-proses utama serta aspek kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.  Sila rujuk kepada pekeliling terkini bagi menentukan KPI bagi projek ICT yang akan dilaksanakan.