3.2.9 Menentukan Struktur Organisasi Projek dan Struktur Pelaporan

Pengurus Projek perlulah mengenal pasti carta struktur organisasi keseluruhan projek yang meliputi pembentukan dua jawatankuasa tadbir urus dan satu pasukan projek.  Jawatankuasa yang perlu diwujudkan ialah Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek.

Struktur organisasi pasukan projek hendaklah mengandungi beberapa kumpulan atau pasukan projek untuk melaksanakan skop projek yang telah ditetapkan.  Contohnya adalah Pasukan Kajian Keperluan, Pasukan Pembangunan Sistem, Pasukan Jaminan Kualiti, Pasukan Teknikal dan Pasukan Pengurusan Perubahan.  Bilangan personel yang menganggotai setiap pasukan juga perlu ditentukan.  Selain Pengurus Projek dicadang agensi juga perlu mengenal pasti ketua setiap kumpulan atau pasukan.  Walau bagaimanapun, nama ahli pasukan projek yang lain tidak perlu direkodkan dalam DPP, sekiranya masih belum dapat dikenal pasti pada Fasa Permulaan ini.

Bagi projek yang dilaksanakan secara outsourcing, hubung kait antara jawatankuasa-jawatankuasa yang melaksanakan fungsi tadbir urus dengan pasukan projek agensi dan pasukan projek pihak kontraktor perlu ditentukan juga. 

Untuk penjelasan yang lebih terperinci berkaitan dengan struktur organisasi projek sila rujuk perenggan 4.2.2 di Fasa Perancangan.

Pengurus Projek juga dikehendaki menyediakan struktur pelaporan status kemajuan projek untuk menjelaskan aliran komunikasi antara pasukan projek dengan semua yang berkepentingan, terutama jawatankuasa-jawatankuasa tadbir urus projek, pemilik projek dan pihak kontraktor.  Jenis laporan, kekerapan pelaporan, kumpulan sasaran dan media komunikasi pelaporan dibuat (seperti mesyuarat/perbincangan