4.2.3 Mewujudkan Tadbir Urus Projek

Berdasarkan struktur organisasi projek yang muktamad, Pengurus Projek hendaklah:

  • Menyediakan butiran terperinci berkaitan dengan struktur tadbir urus projek, iaitu Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek;
  • Mengenal pasti pengerusi, ahli dan urus setia Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan;
  • Menyediakan proses pelantikan bagi semua yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemandu Projek; dan
  • Menyediakan proses pelantikan bagi semua yang terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal Projek dan pasukan projek, jika pada fasa ini telah dapat dikenal pasti dan dimuktamadkan oleh agensi.

Agensi perlu melantik ahli Jawatankuasa Pemandu Projek secara rasmi, dan setiap surat pelantikan perlulah disertakan dengan maklumat ringkas projek dan bidang tugas sebagai ahli.  Begitu juga pelantikan ahli Jawatankuasa Teknikal Projek dan pasukan projek, sekiranya telah dapat dimuktamadkan oleh agensi dalam peringkat Fasa Perancangan ini.     

Pelantikan secara rasmi ahli Jawatankuasa Teknikal Projek dan ahli Pasukan Projek boleh juga dilaksanakan pada awal Fasa Pelaksanaan dan Kawalan, selepas nama mereka yang terlibat mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu Projek.

Berikut ialah maklumat terperinci mengenai kedua-dua Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek.   

 a) Jawatankuasa Pemandu Projek

Jawatankuasa ini ialah jawatankuasa tertinggi dalam pelaksanaan projek.  Tugas utamanya adalah untuk memutuskan strategi dan hala tuju projek serta memantau pelaksanaan projek secara keseluruhan. 

Berikut ialah cadangan keahlian, urus setia dan kekerapan mesyuarat serta bidang tugas Jawatankuasa Pemandu Projek: 

b) Jawatankuasa Teknikal Projek

Jawatankuasa Teknikal Projek secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan projek supaya mengikut strategi, hala tuju dan skop projek yang dipersetujui.  Jawatankuasa ini juga perlu memperakukan kemajuan fizikal dan kewangan projek kepada Jawatankuasa Pemandu Projek untuk kelulusan.  

Cadangan keahlian jawatankuasa tersebut, kekerapan mesyuarat dan bidang tugas adalah seperti yang berikut: