4.3.5 Mengemaskini Dokumen PPP

Pengurus Projek dikehendaki mengemaskini maklumat berkaitan dengan merekodkan senarai serahan, jadual pelaksanaan, keperluan sumber dan anggaran kos projek dalam templat PPP. Disamping itu, maklumat terperinci berkaitan dengan keperluan semua jenis sumber perlu dijelaskan dalam Pelan Pengurusan Sumber (PPrISA03 - Pelan Pengurusan Sumber) dan perincian kos projek pula perlu dijelaskan dalam Pelan Pengurusan Kos (PPrISA04 - Pelan Pengurusan Kos).

Pelan Pengurusan Sumber memperincikan tentang sumber yang diperlukan seperti yang berikut:

  • Jumlah sumber tenaga manusia (termasuk peranan dan tanggungjawab serta kemahiran/kompetensi sumber manusia yang diperlukan, apabila sumber tertentu diperlukan dan jangka masa ia diperlukan);
  • Peralatan, perkakasan dan perisian;
  • Ruang pejabat dan kemudahan infrastruktur untuk menempatkan pasukan projek;
  • Keperluan latihan, penganugerahan dan pengiktirafan;
  • Strategi team building; dan
  • Pematuhan terhadap peraturan sedia ada.

Pelan Pengurusan Kos pula memperincikan maklumat mengenai aspek kewangan projek seperti yang berikut: 

  • Sumber kewangan projek;
  • Butiran terperinci kos projek;
  • Peranan dan tanggungjawab struktur tadbir urus dan juga personel yang terlibat untuk menguruskan kos dan sumber kewangan projek; dan
  • Pelaporan perbelanjaan projek dalam mesyuarat berkaitan termasuk kekerapan serta kaedah edarannya.