4.3.4 Menentukan Sumber dan Kos Projek

Sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan semua tugasan/aktiviti projek perlu dikenal pasti dari aspek jenis, amaun dan kos.

Berikut ialah Jadual 4.2 yang menyenaraikan jenis sumber dan maklumat berkaitan yang boleh dipertimbangkan oleh Pengurus Projek. 

Jadual 4.1:  Contoh Senarai Sumber Projek Yang Diperlukan

Rajah 4.11 di bawah ialah WBS yang mengandungi maklumat tempoh masa dan kos tugasan yang perlu dilaksanakan.

Rajah 4.11:  Contoh  WBS  mengandungi  maklumat  sumber  yang diperlukan dari segi kos dan tempoh pelaksanaan aktiviti

Metrik Penganggihan Tanggungjawab atau Responsibility Assignment Matrix (RAM) adalah teknik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam pelaksanaan projek ICT.  Rajah 4.12 adalah contoh RAM dimana pecahan kumpulan adalah berdasarkan kepada WBS dengan menggunakan anggota/personel dalaman agensi.  Berdasarkan kepada RAM tersebut seramai 21 personel yang dikenal pasti terlibat dalam projek ini, walaupun keperluan adalah seramai 28 orang, kerana terdapat personel yang boleh melaksanakan dua tugas berlainan dalam projek tersebut.          

Rajah 4.12: Contoh Responsibility Assignment Matrix (RAM)