4.2 KOMPONEN TADBIR URUS DAN STRUKTUR ORGANISASI PROJEK

Komponen ini mengenal pasti perspektif sumber manusia iaitu tadbir urus, struktur organisasi projek dan pasukan yang melaksanakan projek ICT berkenaan. 

Komponen ini mengandungi lima aktiviti utama sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 4.3 di bawah.  Input kepada komponen ini ialah keperluan maklumat sumber tenaga manusia dan struktur organisasi projek yang telah dikenal pasti secara ringkas dalam DPP pada Fasa Permulaan, manakala output ialah dokumen PPP yang digunakan untuk membangunkan Pelan Projek (salah satu aktiviti dalam Komponen Pengurusan Skop Projek).

Rajah 4.3:  Komponen Tadbir Urus dan Pengurusan Sumber Manusia