4.3.1 Memperincikan Skop dan Serahan Projek

Proses ini memerlukan Pengurus Projek mengkaji semula semua serahan yang dikenal pasti dalam Fasa Permulaan supaya selaras dengan skop projek yang dipersetujui.  Senarai serahan serta keterangan bagi setiap serahan akan digunakan untuk menyediakan pelan kerja projek atau Work Breakdown Structure (WBS).   

 

Bagi setiap serahan, kriteria penerimaan perlu dinyatakan supaya memudahkan penerimaan serahan apabila projek disiapkan.  Perbincangan perlu diadakan dengan pihak berkepentingan projek dan juga SME untuk mendapatkan buy in dan juga untuk memuktamadkan serahan-serahan projek tersebut.  Pengurus Projek (dan PMO) untuk mengemas kini maklumat serahan yang muktamad dalam templat PPP.