1.4 Ekosistem Pembangunan Sistem Sektor Awam

Ekosistem Pembangunan Sistem Aplikasi Sektor Awam mengambil kira elemen-elemen lain dalam persekitaran ICT dan hubungannya dengan metodologi dan pendekatan pembangunan sistem aplikasi di agensi-agensi Sektor Awam. Ekosistem tersebut digambarkan dalam Rajah 10. Aspek pertimbangan utama dalam pembangunan sistem aplikasi adalah Anggaran Keperluan Sumber, Pengurusan Kawalan Pindaan, Penglibatan Pemegang Taruh, Jaminan Kualiti Perisian (SQA), Keselamatan Aplikasi dan Tadbir Urus. Aspek-aspek ini perlu dipacu bersama-sama metodologi pembangunan sistem aplikasi ke arah mencapai Pelan Strategik ICT dan Pelan Strategik Bisnes yang dirancang.

Rajah 10 : Ekosistem Kejuruteraan Pembangunan Sistem Aplikasi Sektor Awam