4.9 Reka bentuk Transaksi Sistem [F3.5]

Keterangan

Reka bentuk Transaksi Sistem merupakan spesifikasi terperinci sesuatu Use Case. Ianya juga dipanggil Senario Use Case. Senario Use Case terdiri daripada langkah-langkah aktiviti yang akan dilakukan dalam sesuatu Use Case dengan disokong oleh reka bentuk antaramuka pengguna dan syarat-syarat/kekangan bagi setiap langkah yang dinyatakan. Ia akan dijadikan sebagai panduan kepada pasukan pembangunan untuk membangunkan kod pengaturcaraan yang lebih tersusun bagi mencapai hasil yang diperlukan.

Objektif

  • Membangun Senario Use Case bagi setiap Use Case selari dengan reka bentuk antaramuka pengguna yang telah dibangunkan.

Langkah-langkah

Langkah 1 : Penerangan Ringkas Use Case

a) Berdasarkan Rajah Use Case yang telah dibangunkan di dalam Pemodelan Use Case [F2.1], pilih salah satu Rajah Use Case (Modul) sistem.

b) Ambil salah satu Use Case dan terangkan secara ringkas berkaitan Use Case

c) Kenalpasti aktor yang akan berinteraksi dengan Use Case yang dipilih

d) Nyatakan prasyarat atau aktiviti yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum Use Case yang terlibat dilaksanakan.

Contoh pra syarat bagi Mohon Tempahan Bilik Mesyuarat adalah:

 “Pengguna yang sah berjaya log masuk sistem”.

 

Langkah 2 : Tentukan Langkah-langkah Aktiviti Use Case

a) Tentukan langkah-langkah aktiviti Use Case yang dipilih.

b) Bagi setiap langkah aktiviti, kenalpasti apakah input (butiran), antaramuka pengguna dan keperluan/syarat-syarat/ kekangan.

 

Contoh :

Rajah Use Case Modul Tempahan Bilik Mesyuarat terdapat 9 Use Case, maka sebanyak 9 Senario Use Case. Ambil Use Case pertama iaitu UC-BM-MT-TBM-01 Mohon Tempahan Bilik Mesyarat dan senaraikan aktiviti yang terlibat dalam memohon tempahan.

Langkah aktiviti Mohon Tempahan Bilik Mesyarat:

  1. Kemasukan profil pengguna untuk dihubungi
  2. Pengguna cari kekosongan bilik berdasarkan Tarikh yang diperlukan
  • Sistem akan paparkan senarai bilik mesyuarat dan kemudahan yang disediakan
  1. Pengguna Pilih bilik mesyuarat yang dikehendaki dan tempoh penggunaan
  2. Pengguna hantar permohonan tempahan

Antaramuka Pengguna yang berkaitan:

UI-TBM-01 : Permohonan Tempahan Bilik Mesyuarat

Rajah 72 : Contoh Antaramuka Pengguna Tempahan Bilik Mesyuarat

 

Langkah 3 : Kenalpasti Pasca Syarat Use Case

Nyatakan pasca syarat selepas semua langkah aktiviti Use Case dilaksanakan. Contoh pasca syarat Use Case Permohonan Tempahan Bilik Mesyuarat adalah:

“Permohonan tempahan bilik mesyuarat telah dihantar notifiaksi kepada pelulus bagi kelulusan”

 

Langkah 4 : Nyatakan Proses Alternatif Use Case

Proses alternatif merupakan proses pilihan kepada sesuatu langkah aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan secara normal. Contohnya, sekiranya tempahan online tidak dapat dilaksanakan maka pengguna boleh dilakukan secara emel dengan menyatakan tarikh, nama bilik mesyuarat.

 

Langkah 5 : Sedia Dan Lengkapkan Templat Senario Use Case

a) Lengkapkan dengan terperinci Apendiks 7 Templat Senario Use Case bagi setiap aktiviti Use Case yang telah dikenalpasti.

b) Maklumat-maklumat Senario Use Case adalah seperti berikut :

Jadual 39 : Keterangan Medan-medan Templat Senario Use Case

 c) Sila rujuk jadual 10, contoh pengisian Jadual Senario Use Case.

 

Langkah 4 :  Dokumenkan Senario Use Case

Dokumenkan semua senario Use Case yang telah disediakan ke dalam D04 Spesifikasi Reka bentuk Sistem.

Jadual 40 : Pengisian Templat Senario Use Case

Rujukan Use Case

UC-BM-TM-TBM-01  

Nama Use Case

Mohon Tempahan Bilik Mesyuarat

Keterangan

Transaksi bagi memohon tempahan penggunaan bilik Mesyuarat  

Pra Syarat

Pengguna yang sah berjaya log masuk sistem

Aktor

Pemohon

Input

Langkah

Rujukan Antaramuka Pengguna

Keperluan Keterangan / Syarat / Kekangan

Nama dan emel pegawai untuk dihubungi

1.    Kemasukan profil pengguna untuk dihubungi

UI-TBM-01

Secara default nama dan emel login yang dipaparkan.

 

Nama & emel yang dikemaskini perlu divalidasi dengan senarai warga agensi. Sekira nama @ emel bukan warga agensi, mesej perlu dipaparkan

Tarikh Mula dan Tarikh Tamat

2.    Pengguna cari kekosongan bilik berdasarkan Tarikh yang diperlukan. Masukkan Tarikh mula dan tamat dan tekan semak

UI-TBM-01

Perlu semak:

a)    Tarikh mula >= Tarikh sistem semasa

b)    Tarikh tamat > Tarikh mula

 

3.    Sistem akan paparkan senarai bilik mesyuarat dan kemudahan yang disediakan

UI-TBM-01

Sistem akan menyemak semua aset bilik yang berstatus kekosongan dan paparkan butiran Nama, kapasiti dan status

 

4.    Pengguna memilih bilik mesyuarat yang dikehendaki dengan tick pada ruangan yang disediakan

UI-TBM-01

Pengguna boleh memilih lebih daripada satu bilik untuk sesuatu tempahan.

 

5.    Pengguna hantar permohonan tempahan

UI-TBM-01

Sistem perlu papar mesej sekiranya hantar permohonan tanpa tick pada senarai bilik.

Pasca Syarat

Sistem akan menghantar notifikasi kelulusan permohoann tempahan kepada pelulus.

Proses Alternatif

Pengguna dapat mengemelkan tarikh dan kapasiti bilik yang diperlukan kepada pentadbir untuk tempahan.

Rujukan

  1. Dokumen Spesifikasi Reka bentuk Sistem (SDS) ePPAx.
  2. Slaid Bootcamp Pembangunan Sistem Pasukan Perunding ICT MAMPU.