7.2 Pengenalan

Tujuan pelaksanaan sistem adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan dapat berfungsi dengan lancar mengikut spesifikasi yang telah di minta oleh pengguna. Fasa pelaksanaan merupakan fasa yang melibatkan aktiviti-aktiviti peralihan daripada sistem yang lama kepada sistem yang baru. Ia akan melibatkan perubahan dari cara kerja manual kepada cara baru yang berasaskan kepada sistem berkomputer. Proses peralihan boleh dilaksanakan ke atas sistem semasa dengan membuat penambahbaikan mengikut keperluan yang baru.  Semasa fasa pelaksanaan, isu-isu yang melibatkan bisnes, teknikal dan orang awam hendaklah dikenalpasti dan diambil tindakan. 

Aktiviti-aktiviti dalam Fasa Pelaksanaan adalah:

  1. Pelaksanaan Migrasi Data
  2. Ujian Penerimaan Akhir
  3. Penyediaan Manual Pengguna
  4. Serahan Sistem Aplikasi

Sebelum membuat perancangan untuk pelaksanaan sistem, seharusnya terlebih dahulu mengenalpasti tahap kerumitan yang terlibat. Jika pelaksanaan yang akan dijalankan adalah mudah, maka ia tidak rumit untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan projek mempunyai jadual pelaksanaan bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Salah satu amalan terbaik dalam kitaran hayat projek adalah dengan menyediakan perancangan awal. Jika sistem yang dibangunkan mempunyai skop yang besar, maka organisasi perlulah menyediakan Dokumen Perancangan Pelaksanaan Sistem. Dokumen ini akan  menerangkan tentang pendekatan secara menyeluruh bagi pelaksanaan, skop, andaian, risiko dan lain-lain. 

 

Dokumen Rujukan kepada Fasa Pelaksanaan adalah seperti berikut:

  1. D01 Pelan Pembangunan Sistem
  2. D05 Pelan Migrasi Data
  3. D14 Laporan UAT & Laporan PAT

 

Dokumen Serahan  kepada Fasa Pelaksanaan adalah seperti berikut:

  1. D15 Laporan Migrasi Data
  2. D16 Laporan Penamatan Ujian
  3. D17 Manual Pengguna
  4. D18 Laporan Serahan Sistem