7.6 Ujian Penerimaan Akhir [F6.2]

Keterangan

Ujian Penerimaan Akhir (FAT) merupakan proses formal untuk mendapatkan persetujuan dari Agensi bagi membolehkan sistem yang diuji memasuki fasa produksi dan juga Tempoh Jaminan (Warranty Period).

 

Objektif

  • Mengesahkan bahawa sistem yang telah dibangunkan memenuhi keperluan yang telah digariskan pengguna
  • Mengesahkan bahawa sistem bebas daripada ralat (high severity bugs) yang boleh mengganggu operasi sistem
  • Mendapatkan keyakinan pengguna terhadap keseluruhan sistem

 

Langkah-langkah

Langkah 1 : Tentukan Entry Criteria dan Exit Criteria Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test - FAT)

Entry Criteria dan Exit Criteria FAT ditetapkan dan dipersetujui terlebih dahulu di antara pembangun sistem, pasukan penguji, pemilik sistem dan pemegang taruh yang berkenaan.

 

Jadual 95 : Syarat Masuk dan Keluar Ujian Penerimaan akhir

 

Langkah 2 : Laksanakan FAT

FAT melibatkan aktor dan aktiviti-aktiviti berikut :

Jadual 96 : Aktor dan Aktiviti Ujian Penerimaan akhir

 

Langkah 3 : Sediakan Laporan Penamatan Ujian (Test Completion Report)

a) Laporan Penamatan Ujian mengandungi ringkasan hasil ujian yang dilaksanakan. Laporan Penamatan Ujian boleh disediakan bagi sesuatu peringkat ujian atau bagi keseluruhan projek.

 

b) Merujuk kepada ISO/IEC/IEEE 29119, Laporan Penamatan Ujian mempunyai elemen-elemen berikut:

 

Jadual 97 : Isi Kandungan Laporan Penamatan Ujian

Elemen

Keterangan

Maklumat spesifik dokumen

Mengandungi maklumat asas seperti nombor ID, versi, tarikh dihasilkan dan tarikh dikemaskini, organisasi, pengesahan serta rekod pindaan dokumen

Objektif Ujian

Penerangan mengenai objektif ujian yang dijalankan

Skop Ujian

Skop ujian bertujuan untuk menetapkan perimeter ujian termasuk ciri-ciri (fungsian dan kualiti/ bukan fungsian) yang akan diuji ke atas item ujian dan ciri-ciri yang tidak akan diuji ke atas item ujian

Butiran Ujian

Seksyen ini menerangkan butiran tempoh Ujian Penamatan akan dilaksanakan dan peserta yang akan terlibat.

 Contoh:

Tarikh Mula FAT

4hb Ogos 2018

Tarikh Akhir FAT

4hb September 2018

Peserta FAT

Pengguna Sistem Tempahan Bilik

Keperluan Persekitaran

Keperluan persekitaran merujuk kepada keperluan perkakasan dan perisian yang digunakan semasa sesi Ujian Penamatan.

Contoh:

Bil.

Keperluan Persekitaran

Keterangan

1.

Production Environment

URL: https://www.tempahan.gov.my

Pelayar: Chrome / Mozilla

Hasil Ujian

Seksyen ini menerangkan dapatan hasil ujian seperti berikut:

i) Isu-isu FAT yang dilaporkan

ii) Kategori Isu-isu FAT (Functionality, Usability or Operational)

iii) Status Isu-isu FAT

iv) Ulasan Keputusan Ujian

Contoh

 

Sumber

Status

Severity

Jumlah Isu

High

Medium

Low

Pasukan Projek

Open

0

2

0

2

Closed

0

1

0

1

Sumber

Status

Type

-

Request

Incident

 

-

Pasukan Operasi

Open

1

0

1

Closed

0

1

1

Rumusan

Mengandungi penerangan rumusan hasil daripada ujian FAT.

 

Contoh:

  i.       Tiada isu yang dibangkitkan dalam tempoh FAT.

 ii.       Laporan FAT ini merangkumi semua skop seperti yang telah ditetapkan.

iii.       FAT ini telah diperaku dan diterima oleh Kerajaan.

Templat Laporan Penamatan Ujian seperti dalam D16 Laporan Penamatan Ujian.

 

Langkah 4 : Sediakan Sijil Penerimaan Akhir

Sijil Penerimaan Akhir atau Final Acceptance Certificate (FAC) akan dikeluarkan oleh pemilik sistem kepada pembekal. Sijil ini menunjukkan bahawa pemilik telah bersetuju menerima sistem yang dibangunkan dan diinstalasi di persekitaran produksi. Tarikh sijil FAC ini menandakan tamatnya pembangunan dan pengujian sistem dan bermulanya tempoh jaminan. Rujuk kepada Apendiks 11 Contoh Sijil Penerimaan Akhir .

 

Rujukan

  1. ISO/IEC 29119-3:2013: Software And Systems Engineering - Software Testing - Part 3: Test Documentation.