3.2 Pengenalan

Fasa analisis keperluan sistem merangkumi aktiviti-aktiviti analisis terhadap keperluan bisnes yang dikenalpati dalam fasa permulaan projek dan menterjemahkan keperluan tersebut kepada keperluan sistem bagi tujuan pembangunan sistem baru ataupun penambahbaikan sistem sedia ada.  Keperluan sistem adalah keterangan terperinci sistem aplikasi yang akan dibangunkan dari aspek fungsian, perkhidmatan dan kekangan operasi sistem. Dokumen keperluan sistem seharusnya menentukan dengan tepat apakah yang perlu dibangun dan dilaksanakan serta secara tidak langsung, ia akan dijadikan sebagai satu tanda persetujuan di antara pemegang taruh dengan pasukan pembangunan sistem aplikasi. Keperluan sistem aplikasi pada kebiasaannya diklasifikasikan kepada dua jenis keperluan, iaitu:

Penghasilan keperluan sistem perlu melalui kajian yang terperinci ke atas maklumat keperluan bisnes yang telah diperolehi. Pelaksanaan kajian terperinci ini melibatkan empat (4) aktiviti berikut:

  1. Pemodelan Use Case
  2. Pemodelan Keperluan Data
  3. Pemodelan Proses Sistem
  4. Penentuan Keperluan Bukan Fungsian

Dokumen Rujukan  kepada Fasa Analisis adalah D02 Spesifikasi Keperluan Bisnes.

Dokumen Serahan  kepada Fasa Analisis adalah D03 Spesifikasi Keperluan Sistem.