4.2 Pengenalan

Fasa reka bentuk adalah fasa bagi merancang penyelesaian masalah dan ekspetasi yang dinyatakan dalam D03 Spesifikasi Keperluan Sistem. Fasa ini adalah langkah permulaan untuk terjemahkan dari domain masalah kepada domain penyelesaian iaitu alihan daripada ‘Apa?’ kepada ‘Bagaimana?’. Reka bentuk sistem adalah faktor yang paling kritikal yang akan menjejaskan kualiti perisian dan mempunyai kesan yang besar kepada aktiviti pembangunan/pembinaan sistem. Fasa Reka bentuk Sistem menggariskan 7 aktiviti utama iaitu:

  1. Reka bentuk Arkitek
  2. Penentuan Teknologi
  3. Reka bentuk Pangkalan Data
  4. Reka bentuk Antaramuka Pengguna
  5. Reka bentuk Transaksi Sistem
  6. Migrasi Data
  7. Integrasi Sistem

Dokumen Rujukan  kepada Fasa Reka bentuk adalah D03 Spesifikasi Keperluan Sistem.

Dokumen Serahan  kepada Fasa Reka bentuk adalah seperti berikut:

  1. D04 Spesifikasi Reka bentuk Sistem
  2. D05 Pelan Migrasi Data
  3. D06 Spesifikasi Migrasi Data
  4. D07 Pelan Integrasi Sistem
  5. D08 Spesifikasi Integrasi Sistem