8.4 Pengiraan Saiz Fungsian Sistem Aplikasi di Fasa Analisis

Pengiraan saiz sistem aplikasi perlu dilakukan semula di dalam Fasa Analisis untuk mendapatkan nilai pengiraan yang lebih tepat dan jitu berbanding dengan pengiraan sebelumnya. Berbeza dengan pengiraan di dalam Fasa Permulaan Projek, pengiraan saiz sistem aplikasi di Fasa Analisis akan merujuk kepada model-model yang dibangunkan di dalam fasa ini, iaitu Rajah Aliran Data (DFD) - Pemodelan Proses Sistem [F2.3], Rajah Hubungan Entiti (ERD) dan Definisi Aliran Data - Pemodelan Keperluan Data [F2.2]. Langkah-langkah pengiraan saiz sistem aplikasi di Fasa Analisis adalah seperti berikut:  

a) Tentukan Kompleksiti Berdasarkan Fungsi Data

  i) Rujuk dan patuhi peraturan penentuan komponen fungsi

Penentuan dan pengiraan komponen fungsi ILF, EIF, RET dan DET bagi Fungsi Data perlulah mematuhi kepada peraturan-peraturan hubungan di antara entiti-entiti seperti yang disenaraikan di dalam jadual di bawah:

Jadual 110 : Peraturan Penentuan Komponen Fungsi Bagi Fungsi Data

Rajah ERD

Jenis Hubungan

Peraturan

Bil. Komponen Fungsi

 

1:N

Sekiranya B adalah dependent kepada A

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya B adalah independent dari A

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

(1):N

Sekiranya A adalah dependent kepada B

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya A adalah independent dari B

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

1:(N)

Sekiranya B adalah dependent kepada A

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya B adalah independent dari A

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

(1):(N)

A dan B adalah independent di antara satu sama lain.

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

1:1

A dan B adalah dependent di antara satu sama lain.

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

 

1:(1)

Sekiranya B adalah dependent kepada A

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya B adalah independent dari A

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

(1):(1)

A dan B adalah independent di antara satu sama lain.

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

N:M

Sekiranya B adalah dependent kepada A

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya B adalah independent dari A

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

N:(M)

Sekiranya B adalah dependent kepada A

1 ILF/EIF, 2 RET dan jumlahkan DET bagi A dan B

Sekiranya B adalah independent dari A

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

 

(N):(M)

A dan B adalah independent di antara satu sama lain.

2 ILF/EIF, setiapnya mempuyai RET dan DET yang berasingan

  ii) Tentukan bilangan ILF / EIF

Penentuan bilangan ILF/EIF adalah berdasarkan kepada bilangan entiti yang telah disediakan di dalam ERD. Penentuan bilangan ILF dan EIF juga adalah bergantung kepada hubungan modaliti dan kardinaliti di antara satu entiti dengan entiti yang lain di dalam ERD yang telah dibangunkan. Berikut adalah kaedah-kaedah bagi menentu dan mengirakan bilangan ILF/EIF di dalam Fasa Analisis:

  • Rujuk kepada DFD untuk menentukan sama ada satu-satu entiti itu terdiri daripada ILF sekiranya ia merupakan entiti yang diselenggara di dalam sistem aplikasi yang akan dibangunkan, ataupun EIF sekiranya entiti tersebut ditarik dari sistem luar.
  • Kenalpasti hubungan di antara entiti-entiti yang terlibat sama ada ia bersifat dependent atau independent dengan merujuk kepada ERD yang telah disediakan.
  • Tentu dan kirakan bilangan ILF/EIF berpandukan kepada peraturan-peraturan yang disenaraikan di dalam Jadual 104 : Peraturan Penentuan Komponen Fungsi Bagi Fungsi Data.
  • Penentuan dan pengiraan bilangan ILF/EIF bagi entiti yang sama tidak boleh dilakukan secara berulang kali.

 

  iii) Tentukan bilangan RET

Penentuan bilangan RET adalah berdasarkan kepada bilangan entiti yang berhubung kait di dalam satu-satu ILF/EIF. Berikut adalah kaedah-kaedah bagi menentu dan mengirakan bilangan RET di dalam Fasa Analisis:

  • Berikutan dari penentuan bilangan ILF/EIF dan hubungan di antara entiti pada langkah yang sebelum, kirakan bilangan entiti yang berhubung kait dengan satu-satu entiti yang lain dengan merujuk kepada ERD yang telah disediakan.
  • Berdasarkan kepada Jadual 104 : Peraturan Penentuan Komponen Fungsi Bagi Fungsi Data, kirakan bilangan RET secara bersekali bagi entiti-entiti yang mempunyai hubungan yang bersifat dependent di antara satu sama lain. Sekiranya entiti-entiti tersebut mempunyai hubungan bersifat independent, kirakan bilangan RET secara berasingan bagi setiap ILF/EIF yang telah dikenalpasti.
  • Penentuan dan pengiraan bilangan RET bagi entiti yang sama tidak boleh dilakukan berulang kali walaupun entiti tersebut berhubung kait di bawah ILF/EIF yang berbeza.

 

  iv) Tentukan bilangan DET

Penentuan bilangan DET bagi Fungsi Data adalah berdasarkan kepada bilangan atribut di bawah satu-satu ILF/EIF dengan merujuk kepada entiti yang telah dikenalpasti di dalam ERD. Berikut adalah kaedah-kaedah untuk menentu dan mengirakan bilangan DET di dalam Fasa Analisa:

  • Senaraikan dan kira bilangan atribut yang terkandung di bawah satu-satu entiti. Setiap data yang telah dikenalpasti mempunyai nilai DET sebanyak 1 sahaja.
  • Sama seperti di dalam penentuan di dalam Fasa Permlulaan Projek, atribut yang disetkan sebagai kunci primer (primary key) bagi setiap entiti tidak akan ditentukan sebagai DET sekiranya atribut tersebut hanya merupakan artifak teknikal di mana ia tidak memberi makna kepada bisnes dan bukan terdiri dari maklumat yang boleh difahami oleh pengguna (non user-recognizable). Sekiranya atribut kunci primer tersebut digunakan sebagai kunci sekunder di dalam entiti yang lain, atribut kunci sekunder tersebut akan dianggap sebagai DET.
  • Pengiraan bilangan DET juga bergantung kepada hubungan di antara entiti-entiti. Merujuk kepada Jadual 104 : Peraturan Penentuan Komponen Fungsi Bagi Fungsi Data, bilangan DET akan digabungkan bersekali bagi entiti-entiti yang berbeza sekiranya hubungan di antaranya adalah dependent di antara satu sama lain. Manakala pula, bilangan DET perlu dikira secara berasingan sekiranya hubungan di antara entiti-entiti yang berbeza adalah bersifat independent.
  • Penentuan dan pengiraan bilangan DET bagi atribut yang sama tidak boleh dilakukan berulang kali melainkan atribut yang sama ditempatkan juga di dalam entiti yang berbeza.

 

v) Tentukan kompleksiti setiap ILF / EIF

Berdasarkan maklumat EIF/ILF, FTR dan DET, rujuk kepada Jadual Matriks Kompleksiti bagi Fungsi Data seperti di 8.2.1.2 Jadual Matriks Kompleksiti dan Jadual Penterjemahan untuk menentukan tahap kompleksiti setiap entiti yang telah dikenalpasti.

 

vi) Lengkapkan Jadual Penentuan Tahap Kompleksiti Fungsi Data

Gunakan jadual di bawah untuk merekodkan nama entiti, atribut yang terlibat, bilangan ILF/EIF, FTR, DET serta kompleksitinya yang telah dikenalpasti di dalam langkah-langkah yang sebelum.

 

b) Tentukan Kompleksiti Berdasarkan Fungsi Transaksi 

  i) Kenalpasti penguraian DFD yang terendah

Berpandukan kepada rajah-rajah DFD yang telah dibangunkan di dalam Pemodelan Proses Sistem [F.2.3], kenalpasti setiap pengurairan DFD yang berada pada aras yang terendah. Penentuan kompleksiti berdasarkan Fungsi Transaksi akan dilakukan kepada setiap penguaraian DFD yang terendah sahaja tanpa perlu mengambil kira rajah DFD pada aras-aras yang lain. 

 

  ii) Kenalpasti bilangan EI, EO dan EQ

Penentuan bilangan komponen fungsi EI, EO dan EQ berdasarkan kepada aliran data yang menghubungkan di antara entiti dengan fungsi bisnes dan storan data di dalam DFD. Berikut adalah kaedah-kaedah untuk menentu dan mengirakan bilangan EI, EO dan EQ di dalam Fasa Analisis:

  • Bagi setiap aliran data yang telah dikenalpasti di dalam DFD serta penerangannya di dalam Definisi Aliran Data, tentukan sama ada aktiviti-aktiviti tersebut adalah terdiri daripada komponen fungsi EI, EO atau/dan EQ. Penentuan komponen fungsi ini boleh dikenalpasti berdasarkan kepada arah pergerakan aliran-aliran data sama ada yang bermula dari entiti, fungsi bisnes dan berakhir storan data ataupun bermula dan tamat pada arah sebaliknya.
  • Setiap aliran data di dalam Rajah Aliran Proses tidak semestinya boleh mengandungi lebih dari satu jenis komponen fungsi EI, EO atau EQ. Bagi arah aliran data yang bermula dari entiti, aliran data tersebut hanya terdiri dari komponen fungsi EI sahaja. Manakala bagi arah aliran data yang bermula dari storan data pula, komponen fungsinya boleh terdiri sama ada dari EO, EQ atau kedua-duanya sekali.
  • Jenis komponen fungsi yang sama tidak boleh bertindih dan dikira berulang kali di bawah satu-satu aliran data yang sama.

 

 

  iii) Tentukan bilangan FTR

Penentuan bilangan FTR adalah berpandukan kepada bilangan dan hubungan di antara entiti yang terlibat di dalam aliran data bagi setiap komponen fungsi EI, EO dan EQ yang telah dikenalpasti. Rujuk kepada senarai ILF/EIF yang telah ditentukan di dalam Fungsi Data untuk menentukan bilangan entiti yang terlibat serta hubungannya di antara satu sama lain. Berikut adalah kaedah-kaedah untuk menentu dan mengirakan bilangan FTR di dalam Fasa Analisis:

  • Berdasarkan kepada senarai ILF/EIF di dalam Fungsi Data, kenalpasti bilangan dan hubungan di antara entiti pangkalan data yang berinteraksi dengan fungsi bisnes di bawah satu-satu komponen fungsi EI, EO atau EQ.
  • Jumlah bilangan komponen fungsi ILF/EIF yang terlibat dengan satu-satu fungsi bisnes adalah merupakan bilangan FTR yang akan diperolehi. 

 

iv) Tentukan bilangan DET

Penentuan bilangan DET bagi Fungsi Transaksi adalah bergantung kepada bilangan atribut yang terlibat di dalam setiap komponen fungsi EI, EO atau EQ bagi satu-satu aliran data. Dalam masa yang sama juga, rujuk kepada Definisi Aliran Data untuk mengetahui atribut yang terlibat pada aliran data berkenaan. Berikut adalah kaedah-kaedah untuk menentu dan mengirakan bilangan FTR di dalam Fasa Analisis:

  • Bagi komponen fungsi EI, kirakan bilangan DET yang hanya melibatkan data yang dimasukkan, dikemaskini atau/dan dihapuskan.
  • Bagi komponen fungsi EO, kirakan bilangan DET yang hanya melibatkan data data yang dipaparkan melalui pengiraan atau logik pengaturcaraan.
  • Bagi komponen fungsi EQ, kirakan bilangan DET yang hanya melibatkan data-data yang dipaparkan secara terus tanpa melalui pengiraan atau logik pengaturcaraan.
  • Berbeza dengan pengiraan bilangan DET di dalam Fungsi Data, penentuan dan pengiraan bilangan DET bagi Fungsi Transaksi boleh dilakukan berulang kali bagi atribut yang sama di dalam aliran data yang berbeza.

 

  v) Tentukan kompleksiti setiap EI. EO dan EQ

Berdasarkan kepada bilangan EI, EO, EQ, FTR dan DET yang telah ditentukan, rujuk kepada Jadual Matriks Kompleksiti bagi Fungsi Transaksi seperti di 8.2.1.2 Jadual Matriks Kompleksiti dan Jadual Penterjemahan untuk menentukan tahap kompleksiti setiap komponen fungsi yang telah dikenalpasti.   

 

  vi) Lengkapkan Jadual Penentuan Tahap Kompleksiti Fungsi Data

Gunakan jadual di bawah untuk merekodkan nama aktiviti, kumpulan maklumat dan data yang terlibat, bilangan EI, EO, EQ, RET, DET serta kompleksitinya yang telah dikenalpasti di dalam langkah-langkah yang sebelum.

 

c) Kirakan Value Adjustment Function (VAF)

Semak dan kemaskini kadar pengaruh bagi empat belas (14) GSC yang telah diperoleh di dalam pengiraan saiz pada fasa sebelumnya. Pengemaskinian kadar pengaruh dilakukan berdasarkan kepada maklumat dan informasi projek terkini yang telah diperolehi. Kaedah-kaedah pengiran VAF adalah sama seperti yang telah dijelaskan di dalam Fasa Analisis, iaitu: 

  i) Tentukan kadar pengaruh bagi empat belas (14) Ciri-Ciri Am Sistem (GSC) seperti yang disenarai dan diperjelaskan di dalam 8.2.1.3 Empat Belas Ciri-ciri Am Sistem (GSC). Tambahkan skor-skor yang telah diberikan kepada ciri-ciri am berkenaan untuk mendapatkan nilai ΣCi. 

  ii) Dengan berpandukan kepada formula pengiraan seperti yang diterangkan di dalam 8.2.2 Pengiraan Value Adjustment Factor, masukkan nilai ΣCi yang telah diperolehi ke dalam formula di bawah untuk mendapatkan nilai VAF. 

VAF = 0.65 + [(ΣCi) / 100]

 

 d) Kirakan Unadjusted Function Points (UFP) 

  i) Berdasarkan maklumat kompleksiti yang telah diperolehi melalui penentuan berdasarkan Fungsi Transaksi dan Fungsi Data, rujuk kepada Jadual Penterjemahan Saiz seperti di 2.1.2 Jadual Matriks Kompleksiti dan Jadual Penterjemahan untuk mendapatkan nilai Function Points (FP) bagi setiap komponen fungsi yang telah dikenal pasti. 

  ii) Gunakan jadual serta formula pengiraan seperti di dalam 8.2.3 Pengiraan Unadjusted Function Points untuk mendapatkan nilai UFP.

 

  e) Kirakan Adjusted Function Points (AFP)

Berpandukan kepada nilai VAF dan UFP, gunakan formula pengiraan seperti di 8.2.4 Pengiraan Adjusted Function Points (AFP) untuk mendapatkan nilai AFP.

 

  f) Kirakan Anggaran Effort, Masa dan Kos Pembangunan 

Berikutan daripada nilai AFP yang telah diperolehi, nilai tersebut akan digunakan untuk melakukan pengiraan anggaran effort, masa dan kos pembangunan keseluruhan sistem aplikasi ataupun fungsi-fungsi di dalamnya. Rujuk 8.2.5 Pengiraan Anggaran Effort dan Kos Pembangunan Sistem untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan formula-formula pengiraan effort, masa dan kos.