3.5 Pemodelan Use Case (Fungsian) [F2.1]

Keterangan

Pemodelan Use Case adalah teknik bagi mengenalpasti keperluan fungsian bagi sesuatu sistem. Teknik ini menterjemahkan fungsi-fungsi bisnes yang terdapat dalam Hierarki Fungsian Bisnes hasil daripada Pemodelan Fungsi Bisnes [F1.3]  dan aktiviti-aktiviti proses bisnes yang terdapat dalam Rajah Aliran Proses Bisnes (PFD) daripada Pemodelan Proses Bisnes [F1.4]

Hasil pemodelan Use Case dipersembahkan dalam bentuk Rajah Use Case yang menerangkan fungsian sistem secara menyeluruh dan komprehensif. Rajah Use Case menerangkan tabiat sistem iaitu bagaimana sistem berinteraksi dengan pengguna atau sistem luaran untuk mencapai matlamat fungsi bisnes. 

Pemodelan Use Case terdiri daripada set berikut:

  1. Koleksi aktor yang berinteraksi dengan sistem;
  2. Koleksi interaksi antara Use Case dalam sistem; dan
  3. Lain-lain komponen yang menjelaskan gambarajah Use Case.

 

Objektif

  • Mengenalpasti fungsi-fungsi sistem yang perlu dibangunkan dalam menyokong fungsi bisnes; dan
  • Menghasilkan Rajah Use Case yang menerangkan bagaimana sistem berinteraksi dengan pengguna atau sistem yang lain untuk mencapai matlamat fungsi bisnes.

 

 

Langkah-langkah

Langkah 1 : Terjemahkan Peranan (PFD) Kepada Aktor


  1. Pilih salah satu Rajah Aliran Proses Bisnes (PFD) yang didokumenkan dalam BRS yang dihasilkan dari fasa Pemodelan Proses Bisnes[F1.4].
  2. Terjemahkan Peranan (swimlane) dalam PFD kepada Aktor dalam Rajah Use Case. Penentuan aktor sistem adalah lebih tertumpu kepada peranan pengguna di dalam sistem aplikasi berbanding dengan nama jawatan seseorang individu.

    Contoh :

    Rujuk kepada Pemodelan Proses Bisnes [F1.4] yang menerangkan aliran proses bagi Permohonan Tempahan Bilik Mesyuarat. PFD tersebut mempunyai dua swimlane iaitu Warga Agensi dan dan Pegawai Tadbir. Contoh penterjemahan peranan kepada aktor adalah seperti jadual berikut:

  3. Lakarkan koleksi Aktor yang dikenalpasti sebagai komponen dalam Rajah Use Case. Dalam melakarkan aktor, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi
    1. Aktor terletak di luar sempadan sistem/modul
    2. Aktor boleh memain peranan sebagai sebagai pelaksana kepada Use Case dan juga penerima hasil daripada tindakan Use Case dalam berinteraksi dalam sistem
  4. Laksanakan pengkhususan Aktor. Multi-Aktor boleh dikumpulkan (inherit behaviour) bagi menjelaskan peranan aktor dalam Rajah Use Case.

Contohnya:

Bagi kes pegawai yang diberi peranan untuk menyemak kekosongan,  pegawai yang diberi peranan membuat tempahan dan pegawai yang melulus tempahan. Bagi pegawai yang diberi peranan membuat dan melulus tempahan beliau perlu berdaftar dengan sistem.

Langkah 2 : Terjemahkan Aktiviti Kepada Use Case


  1. Analisis aktviti-aktiviti yang terdapat dalam PFD yang dipilih.
  2. Terjemahkan aktiviti-aktiviti tersebut kepada beberapa Use Case dalam Rajah Use Case yang dilakarkan. Dalam terjemahan kepada Use Case ianya tidak terikat samada satu aktiviti kepada satu Use Case atau beberapa aktiviti-aktiviti kepada satu Use Case atau satu aktiviti kepada beberapa Use Case. Pastikan semua aktiviti dalam PFD telah diambilkira dalam mengenalpati Use Case. Ciri-ciri yang perlu diambilkira dalam melakar Use Case adalah:
    1. Use Case perlulah lengkap, bermakna dan memberi hasil kepada pengguna.
    2. Elakkan daripada penstrukturan Use Case dalam peringkat tinggi kerana ini Use Case sukar difahami.
    3. Use Case boleh dipecahkan berdasarkan kepada kompleksiti fungsinya dan juga penggunaan fungsi secara berulang.
    4. Use Case yang dikenalpasti perlu dilakarkan di dalam sempadan Sistem atau Modul.
  3. Senaraikan Use Case yang dikenalpasti. Namakan, labelkan dan sediakan keterangan setiap Use Case seperti Jadual di bawah.

 

Langkah 3 : Sediakan Hubungan-hubungan Di Antara Aktor Dengan Use Case


  1. Lukiskan Aktor yang diterjemahkan dalam langkah 1 menggunakan notasi
  2. Lukiskan Use Case yang dikenalpasti dari langkah 2 menggunakan notasi Use Case dan labelkan setiap Use Case.
  3. Lakarkan sempadan sistem/modul merangkum semua Use Case yang dilukiskan menggunakan notasi Boundary. Manakala Actor perlu berada di luar sempadan.
  4. Lakarkan hubungan antara Actor dan Use Case. Hubungan ini menunjukkan interaksi aktor kepada Use Case. Dalam hubungan ini notasi association sahaja digunakan.
  5. Sediakan keterangan setiap use case yang dilakarkan.

Contoh:

Menterjemahkan Proses Tempahan Bilik Mesyuarat (PFD-BM-MT-TBM) kepada Rajah Use Case UC-BM-MT-TBM. Berikut adalah Rajah Aliran Proses yang telah dibangunkan dalam Pemodelan Proses Bisnes[F1.4] bagi proses PFD-BM-MT-TBM Tempah Bilik Mesyuarat.

Langkah 4 : Perincikan Hubungan Antara Use Case


  1. Menganalisis Rajah Use Case yang dihasilkan dari langkah 3 supaya bermakna kepada pasukan pembangunan. Analisis dilakukan berpandukan kepada kriteria berikut:
    1. Adakah terdapat Use Case yang mempunyai hubungan urutan yang boleh dikongsi?.
    2. Use Case yang mempunyai interaksi dengan banyak aktor perlu di pecahkan untuk mengelakkan Use Case yang terlalu banyak fungsi.
    3. Use Case tidak boleh beroperasi secara tersendiri tanpa tindakan daripada aktor atau dihubungkan dengan Use Case yang lain.
    4. Use Case yang tiada tindakan oleh aktor, bukan Use Case utama tetapi ianya sub Use Case yang akan menggambarkan urutan proses.
  2. Penentuan hubungan antara Use Case adalah berpandukan kepada 3 jenis hubungan seperti berikut:
    1. Pengkhususan (Specializes) – Use Case boleh mewarisi Use Case yang lain. Ini bertujuan untuk mengelak kompleksiti dan definisi semula langkah-langkah dan penambahan proses, kita boleh laksanakan pengkhususan kepada Use Case Hubungan ini hanya untuk mengumpulkan Use Case yang berkaitan.

      Contoh: 

       

      Tempahan Bilik Mesyuarat boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu secara online yang disediakan atau tempahan boleh dilakukan secara emel kepada Pegawai Tadbir tempahan.

       

    2. <Include> – Use Case yang mempunyai langkah proses disediakan oleh Use Case yang lain dipanggil <include>. Ini bermaksud Use Case tersebut tidak boleh berfungsi dengan sendiri.
    3. Contoh:

       

      Use Case Mohon Tempahan Bilik Mesyuarat perlu memanggil fungsi Semak kekosongan Bilik bagi melengkapkan proses.  
    4. <Extend> – Use Case yang memberi nilai tambah kepada Use Case yang lain. Ianya digunakan bagi mentakrifkan sesuatu Use Case menggunakan fungsi dalam Use Case yang lain dengan syarat-syarat tertentu.

      Contoh: Fungsi Pinda Maklumat Tempahan hanya akan digunakan sekiranya pemohon ingin melakukan perubahan kepada maklumat tempahan yang telah dibuat sebelum ini berkenaan

  3. Lakarkan keseluruhan Rajah Use Case yang dihasilkan selepas tindakan yang telah dilakukan seperti di atas. Contoh Rajah Use Case yang lengkap adalah seperti dalam rajah di bawah.

     

     

Langkah 5 : Dapatkan Pengesahan SME


  1. Semak Rajah Use Case yang dihasilkan dengan SME. Semakan perlulah mengambilkira
    1. Lengkap – mengambilkira semua fungsi yang perlu
    2. Terperinci – peringkat perincian yang dihasilkan
    3. Hubungan antara Use Case
    4. Nama dan keterangan
    5. Aktor-aktor yang terlibat
  2. Rajah Use Case yang dihasilkan perlulah difahami oleh kedua-dua pihak iaitu pasukan pembangunan dan SME iaitu:
    1. Pasukan Pembangunan

Fahami fungsi sistem yang akan dibangunkan.

    1. SME

Fahami kaitan proses bisnes dengan fungsi yang dibangunkan.

 

 

Langkah 6 : Dokumenkan Rajah Use Case 


Dokumenkan hasil Pemodelan Use Case  (Rajah Use Case dan keterangan Use Case) ke dalam D03 Spesifikasi Keperluan Sistem.

 

 

Rujukan


  1. https://www.uml-diagrams.org/use-case-subject.html
  2. Alan Dennis, Barbara Haley Wixom, David Tegarden (2012). Systems Analysis and Design with UML Version 2.0, Second Edition.