6.10 Laporan Ujian Penerimaan (UAT & PAT) [F5.6]

Keterangan

Laporan Ujian Penerimaan (UAT & PAT) adalah laporan yang perlu dikeluarkan setelah pelaksanaan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) atau Ujian Penerimaan Provisional (PAT) disempurnakan. Objektif laporan ini dikeluarkan adalah untuk melapor keupayaan sistem bagi persediaan pelaksanaan. Laporan Ujian Penerimaan adalah merujuk kepada ISO/IEC/IEEE 29119. Format Laporan Ujian Penerimaan (PAT) adalah merujuk kepada D14 Laporan Ujian Penerimaan Pengguna

 

Objektif

  • Melaporkan keupayaan sistem untuk sesuatu sesi Ujian Penerimaan telah dilakukan.

 

Langkah-langkah

Langkah 1 : Terangkan Maklumat Spesifik Dokumen

Maklumat spesifik dokumen perlu mengandungi maklumat asas Pelan Ujian UAT/PAT seperti nombor ID, versi, tarikh dihasilkan dan tarikh dikemaskini, organisasi, pengesahan serta rekod pindaan dokumen. Rujuk Penyediaan Dokumentasi Persediaan Ujian [F5.2] Langkah 2.

 

Langkah 2 : Nyatakan Ringkasan Ujian Yang Dijalankan

Penerangan ringkas terhadap ujian UAT/PAT yang telah dijalankan. Rujuk Penyediaan Pelan Ujian UAT/PAT [F5.4] Langkah 2(b) Skop Ujian.

 

 

Langkah 3 : Nyatakan Perubahan Dari Pelan Ujian

Penerangan perubahan yang berlaku semasa pelaksanaan pengujian berbanding dengan Pelan Ujian (UAT/PAT).

Contoh:

 

Langkah 4 : Jelaskan Kriteria Penamatan Ujian PAT

Ringkasan situasi yang membolehkan penamatan ujian. Rujuk Ujian Penerimaan Provisional (PAT) [F5.5] Langkah 1 untuk panduan.

 

Langkah 5 : Nyatakan Faktor Yang Menghalang Kemajuan

Penerangan faktor-faktor yang menghalang atau melewatkan kemajuan ujian.

  Contoh :

   Ujian migrasi lewat dilaksanakan kerana saiz data migrasi yang besar dan perlu tapisan semula (cleansing).

 

Langkah 6 :  Nyatakan Pengukuran Hasil Ujian

Seksyen ini menerangkan dapatan hasil ujian.

Contoh :

Penerangan risiko baru, perubahan risiko dan risiko sedia ada (yang belum dapat diselesaikan) setelah ujian dilaksanakan. Rujuk Penyediaan Pelan Induk Pengujian [F5.1], Langkah 5.

 

Langkah 7 :  Nyatakan Risiko

Penerangan risiko baru, perubahan risiko dan risiko sedia ada (yang belum dapat diselesaikan) setelah ujian dilaksanakan. Rujuk Penyediaan Pelan Induk Pengujian [F5.1], Langkah 5.

 

Langkah 8 :  Nyatakan Serahan Ujian

Senarai serahan ujian yang perlu dihantar. Rujuk Penyediaan Pelan Induk Pengujian [F5.1], Langkah 6(b).

 

Langkah 9 :  Nyatakan Aset Ujian Yang Boleh Diguna Semula

Senarai spesifikasi ujian, persekitaran ujian dan data ujian yang boleh digunakan semula bagi kitaran ujian seterusnya.

 

Langkah 10 :  Nyatakan Lesson Learned

 Pengajaran yang boleh dijadikan sumber rujukan dan diperbaiki dalam kitaran ujian akan datang.

 

 

Rujukan

  1. ISO/IEC 29119-3:2013: Software And Systems Engineering - Software Testing - Part 3: Test Documentation.