6.2 Pengenalan

Pengujian penerimaan sistem aplikasi merupakan penentu keyakinan bahawa sistem yang dibangunkan telah memenuhi keperluan bisnes dan keperluan pengguna yang ditetapkan.  Pengujian juga  bertujuan untuk memastikan bahawa fungsian sistem yang dibangunkan sedia digunakan. Sebarang kesilapan yang ditemui perlu ditambahbaik,  diperbaiki dan diuji semula.

Pengujian hendaklah dirancang dengan teliti berdasarkan tempoh, kos dan keperluan sumber yang disediakan agar sistem yang dibangunkan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan. Hasil keputusan ujian yang diperolehi melalui pelaksanaan pengujian yang teratur dan pematuhan kepada amalan terbaik akan menjadi pertimbangan bagi pemegang taruh dalam memutuskan pelaksanaan sistem.

Pengujian akan dilaksanakan dengan melibatkan pengguna sistem termasuk SME, pemilik proses dan pengguna akhir. Ekspektasi pengguna terhadap sistem akan dinilai melalui 2 aktiviti utama iaitu:

  1. Ujian Penerimaan Pengguna (UAT), ianya menilai dari aspek fungsian; dan
  2. Ujian Penerimaan Provisional (PAT), ianya menilai dari aspek fungsian dan bukan fungsian

Dokumen  rujukan untuk Fasa Pengujian Penerimaan adalah seperti berikut:

  1. D03 Spesifikasi Keperluan Sistem.
  2. D04 Spesifikasi Reka bentuk Sistem.
  3. D08 Spesifikasi Integrasi Sistem.
  4. D11 Laporan Ujian Sistem.

Dokumen serahan untuk Fasa Pengujian Penerimaan adalah seperti berikut:

  1. D12 Pelan Induk Pengujian (Master Test Plan).
  2. D13 Pelan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) / Ujian Penerimaan Pengguna Provisional (PAT).
  3. D14 Laporan Ujian Penerimaan (UAT & PAT)