5.2 Pengenalan

Fasa pembangunan merupakan fasa yang sangat penting dalam Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC), pada fasa inilah bermulanya pembangunan sistem yang sebenar, fasa sebelum ini merupakan asas kepada pembangunan sistem. Manakala fasa seterusnya adalah untuk memastikan sistem memenuhi kehendak pengguna. Pada fasa ini kebanyakan fungsi-fungsi atau modul-modul sistem yang akan dibangunkan telah dimuktamatkan.

Matlamat utama fasa ini ialah untuk menterjemahkan atau merealisasikan SDS yang dihasilkan dalam fasa reka bentuk kepada kod aturcara dalam bahasa pengaturcaraan yang telah dipilih, memasang dan seterusnya melaksanakan pengujian sistem. Pengujian dilaksanakan agar sistem yang dibangunkan bebas dari sebarang ralat, dapat berfungsi sepenuhnya dan berjaya memenuhi keperluan sebenar pembangunan. Ini dapat memastikan sistem memenuhi kriteria-kriteria kualiti yang telah ditetapkan bagi sesebuah perisian serta meningkatkan tahap keyakinan pengguna ke atas perisian yang dibangunkan.

3 aktiviti utama dalam Fasa Pembangunan iaitu:

  1. Pembangunan Pangkalan Data
  2. Pengaturcaraan Aplikasi
  3. Ujian Sistem

Dokumen Rujukan  kepada Fasa Pembangunan adalah seperti berikut:

  1. D04 Spesifikasi Reka bentuk Sistem
  2. D06 Spesifikasi Migrasi Data
  3. D08 Spesifikasi Integrasi Sistem

 

Dokumen Serahan  kepada Fasa Pembangunan adalah seperti berikut:

  1. D09 Dokumentasi kod Pangkalan Data
  2. D10 Dokumentasi Kod Sumber
  3. D11 Laporan Ujian Sistem