1.1 Pengenalan Kepada Kitar Hayat Kejuruteraan Pembangunan Sistem Aplikasi

Pengenalan Kepada Metodologi Kejuruteraan Sistem Aplikasi

Bab ini merupakan pengenalan dan penerangan ringkas kepada Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC). Bab ini juga menerangkan Ekosistem Pembangunan Sistem Sektor Awam yang terdiri daripada Metodologi Pembangunan Sistem dan aspek-aspek pertimbangan yang mempengaruhi kepada dalam kejayaan pelaksanaan projek pembangunan sistem.


1.1 Pengenalan Kepada Kitar Hayat Kejuruteraan Pembangunan Sistem Aplikasi

Merujuk kepada ISTQB Certification , model kitar hayat pembangunan sistem aplikasi (SDLC) adalah terdiri 6 fasa utama iaitu fasa pengumpulan keperluan dan analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan (coding), fasa pengujian, fasa pelaksanaan (deployment) dan fasa penyelenggaraan seperti digambarkan dalam Rajah 1. Setiap fasa mempunyai siri aktiviti melalui penggunaan teknik-teknik tertentu bagi penghasilan dokumentasi serahan.

Rajah 1: Kitar Hayat Pembangunan Sistem Aplikasi

Terdapat 2 elemen utama yang perlu difahami dalam SDLC iaitu:
a) Perlu memahami fasa-fasa dalam SDLC, langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam projek pembangunan sistem aplikasi dan teknik-teknik yang diperkenalkan dalam penghasilan serahan yang tertentu.
b) Perlu memahami bahawa model SDLC melibatkan serahan yang dihasilkan dalam setiap fasa. Serahan dalam setiap fasa akan digunakan sebagai input kepada fasa berikutnya.