6.4 Faktor Kejayaan

Untuk memastikan aktiviti dalam fasa pengujian berjaya dilaksanakan, faktor-faktor yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa aktiviti pengujian dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Spesifikasi Keperluan Bisnes, Spesifikasi Keperluan Sistem dan Spesifikasi Reka bentuk Sistem yang didokumenkan adalah lengkap dan telah dipersetujui oleh pengguna.
  2. Ujian sistem (ujian unit/ komponen, ujian sub-sistem/ modul dan ujian integrasi sistem) telah dijalankan dengan sempurna. Sistem bebas daripada ralat dengan tahap severity tinggi yang boleh menggagalkan fungsi utamanya.       
  3. Pengurus / Ketua Ujian berpengalaman serta berkelayakan dalam merancang dan mengendalikan ujian.
  4. Persediaan terperinci bagi ujian penerimaan seperti jadual pelaksanaan ujian, undangan penguji serta kesediaan persekitaran pengujian.
  5. Komitmen daripada semua peringkat pemegang taruh diperlukan semasa pengujian dilaksanakan.

Selain daripada faktor di atas, penggunaan tools yang bersesuaian di dalam pengurusan, pelaksanaan dan kawalan pengujian juga memberi nilai tambah di dalam kejayaan pengujian.