BAB 2 FASA PERMULAAN PROJEK

Fasa Permulaan Projek adalah fasa perancangan kepada pasukan pembangun sistem untuk mengenalpasti skop pembangunan, pendekatan pelaksanaan dan aspek-aspek lain yang perlu diberi perhatian sepanjang aktiviti pembangunan dilaksanakan.

Fasa Permulaan Projek memberikan penekanan kepada komunikasi antara pemegang taruh dan organisasi/pasukan yang bertanggungjawab membangunkan sesuatu projek. Penglibatan dan komitmen kedua-dua pihak ini juga ditekankan dalam menjayakan projek.

Fasa ini dibahagikan kepada 2 aktiviti utama iaitu:

 

a) Perancangan Pembangunan Sistem

Aktiviti ini membincangkan penyediaan pelan perancangan pembangunan sistem aplikasi dari aspek keperluan sumber projek seperti kos, masa dan modal insan.

 

b) Kajian Keperluan Bisnes

Aktiviti ini membincangkan pendekatan bagi kajian keperluan bisnes dan mendokumentasikan skop bisnes bagi tujuan pembangunan sistem aplikasi.